Justeru, kertas kerja ini akan mengupas mengenai aspek kesedaran budaya dari sudut sejarah dan memberi pelbagai definisi yang akan menerangkan maksud budaya itu sendiri secara lebih mendalam. Namun, pengamalan mengenai kesedaran budaya di Malaysia masih lagi kurang diamalkan oleh sebilangan masyarakat kita dan buktinya masih ada lagi sesetengah pihak yang tidak mengetahui malah dengan sengaja tidak menghormati budaya orang lain. Di Malaysia, dengan adanya kepelbagaian masyarakat yang berbilang kaum dan agama memberi peluang kepada kita untuk mempunyai kepelbagaian budaya. Budaya meliputi pelbagai aspek yang berbeza seperti makanan, pakaian, percakapan, pergaulan, cara kehidupan, cara berfikir dan sebagainya.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
September 2023
Categories |